1. Hujan tak putus-putus turun dengan dentuman guruh dan kilat sambar menyambar pada sebelah petang. Busking session dijadualkan pada sebelah malam. Ramai yang resah samada jadi atau tidak. Telefon bimbit MD (Music Director) Sdr. Kacul berdering berselang dengan notifikasi sms daripada member mohon confirmation.
2. Akhirnya hujan berhenti tatkala senja melabuh tirai. Suasana sejuk mengigit-gigit. MD kata it's ON! Namun begitu tak berapa ramai yang hadir. Tak seperti 3rd meeting dulu seramai 17 orang. Kali ini lebih kurang 10 orang saja. Terdapat 4 muka baru dan selebihnya 'orang kuat' kita. Terima kasih kepada member baru. Terima kasih juga kepada 'orang kuat' MD, PD/Admin Sdr. Zai, Cikgu Zul, Irman, Arul, Aji Mamud, Iskandar, Jebon, Ucop.
3. Kali ini Admin jadi Tuan Pengarah untuk shoot video dibantu oleh Jebon. Selalunya shoot menggunakan handphone sahaja tetapi kali ini siap dengan Sony Handycam. Insya Allah akan diuploadkan dalam masa terdekat.
4. Walaupun udara semakin dingin, namun di suatu sudut buskers dan pengunjung Tanjung Emas sudah merasakan bahang kehangatan performance pada malam itu. Ditambah lagi pada malam itu adalah malam sulung diletakkan 'tabung' untuk sumbangan derma seikhlas tapi jauh. Sebanyak RM31 berjaya dikumpul dan wang disimpan oleh MD sebagai pemegang amanah. Nampaknya pengunjung di Tanjung Emas begitu sporting tanpa segan mengisi tabung yang diletakkan dihadapan buskers.
5. Terima kasih semua!.
No comments:
Post a Comment