Wednesday, December 8, 2010

8th meeting SEMANGAT BARU MAAL HIJRAH

1.Sebenarnya MD agak rasa kecewa juga bila dapat tahu MBR masih belum boleh proceed permintaan kita.

2.Tapi itu semua adalah diantara rintangan yang perlu kita hadapi dalam merealisasikan impian group SAMWANNABEBUSKER ini.

3.memang sengaja MD tak sms member2 dgn tujuan untuk melihat keFANATIKan ahli2 semua

4.Ternyata semalam ahli2 SWBB memang fanatik.!!!!

Wednesday, December 1, 2010

foto-foto meeting ke-7



8th meeting :ANTARA HUJAN DAN KESUNGGUHAN

Salam semua terutama kepada semua member2 atau ahli2 SAMWANNABEBUSKER yang bersungguh2 busking bersama pada malam ini..

Memang mood hari ini kureng baik sikit disebabkan kerja2 peribadi yang belum sempat aku siapkan..namun atas permintaan kawan2 terutamanya ahli2 team ini sesi perjumpaan yang ke-8 ini.aku adakan juga..

Ya..macam biasa dimulakan dengan menghantar pesanan ringkas kepada hampir semua ahli2 team SWBB yang aku sayang ni..

Tiada apa yang nak aku katakan selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang senantiasa beri sokongan padu kepada usaha kearah projek MBR ni..


BRAVOO!!

Friday, November 26, 2010

7th meeting HUJAN ITU RAHMAT

1.Memang boleh dikatakan SAMZWANNABEBUSKER mempunyai ahli-ahli yang fanatik dalam muzik..
2.MD berbincang dengan admin diawal pagi tentang bila tarikh meeting seterusnya lalu MD membuat keputusan untuk busking malam ni juga memandangkan ADMIN akan ke KL pada hari esoknya dan balik pada hari isnin[ tanpa berfikir panjang ]
3.dengan kadar segera MD memegang handphone di tangan dan mula menghantar sms demi sms kpd semua member2 SWBB...
4.setelah selesai baru MD teringat malam ni malam jumaat..hehehe!![ punyalah fanatik busker sampai terlupa malam jumaat]
5.tapi MD bukanlah orang yang suka berbalik2 cakap....misi diteruskan BRAVOO!!
6.pukul 8.45pm hujan masih renyai2...terus ke rumah ucop dan jbon yang sentiasa bernafsu untuk busking BRAVOO!!
7.talipon berdering tak berhenti ....soalan bertujai-tujai menanyakan samada meeting dibatalkan ataupun tidak..
jawab MD 'TERUSKAN DAN JANGAN RISAU TENTANG HUJAN SEBAB HUJAN ITU RAHMAT'...
8.memang RAHMAT sebab sesampai di dataran tanjung emas ada dua kanopi tersedia seolah-olah menanti kehadiran kami ...
semangat MD makin bertambah apabila ternampak cikgu zul baeeek punya parking...BRAVO!! ZUL!
9.kami pun memulakan busking dibawah khemah dan tak lama selepas itu muncul Ai dan Kecik datang dengan motosikal ...memang bersemangat budak dua ekor nih!!
10.kemudian muncul hero SWBB Irman dan Hafiz wheel...lagilah mantap!! last sekali MR.ADMIN tiba...hehehehe!!!
bagaimana pun syabas kepada hero2 ni dan yang tak dapat datang jangan bersedih sebab seleps ni SWBB akan menjadi satu team yang mantap disebabkan semangat yang kuat!!! BRAVO!!

Wednesday, November 24, 2010

6th meeting - 2 bucks in the basket!

1. Admin dan MD lazimnya adalah orang terawal yang sampai. Sebagai pembuka tirai, busking 2 orang dulu manakala Jebon menjadi cameraman.

2. Semakin lama ahli semakin ramai yang hadir. Surprisingly, audience pun boleh tahan juga semalam walaupun keesokkan hari adalah hari bekerja. Mungkin disebabkan cuti sekolah kot. Macam biasa dikalangan audience, ada yang mengambil gambar dan ada yang mengambil video untuk koleksi peribadi.

3. Akhirnya 21 orang telah menghadirkan diri. Tahniah! sekaligus menjadikan meeting kali ini adalah yang paling ramai. Ramai muka2 baru yang begitu menunjukkan minat. Apapun, minat sahaja tidak mencukupi tanpa ada komitmen.

4. Dalam briefing ringkas, MD menyarankan agar selepas ini kemungkinan kita akan mengadakan di sekitar 'hotspot' Muar. Antaranya bus-stand Pagoh, Wetex Parade atau mungkin dataran Tangkak bertujuan mempromosikan kumpulan.

5. Keadaan semakin hangat dan rancak apabila sampai ke penghujung. Kehadiran dua orang pelancong asing dari US yang begitu sporting turut sama menyanyikan lagu "Sweet Child O' Mine".

Dan pertama kalinya mencatat sejarah apabila dalam bakul 'sumbangan' terdapat dua keping duit US Dollar bernilai USD1 setiap satu!!!!


Friday, November 19, 2010

5th meeting - blessing in disguise

1. Agaknya kerana eager sangat nk buat meeting demi meeting, terlepas pandang pulak petang Hari Raya Qurban pun nak busking. Kehadiran pun kureng, tak mcm yang lepas2.

2. MD punya kereta pulak buat hal. Tak boleh start. Terpaksalah kawan2 lain pergi menjemput. Tambah la kureng mood masing2...start pun dah terlewat. Jam 6.00pm baru nak mula.

3. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Thursday, November 18, 2010

Photo on 3rd meeting






















Update from Malaysia Book Of Records

1. Beberapa hari yang lalu pihak Malaysia Book of Records (MBR) telah menghubungi Project Director/Admin memberitahu agar dapat mencari lebih dari 40 orang buskers. Lagi ramai lagi bagus. Waaa...

2. Satu tugas mencabar (bukan mustahil). Nak dapatkan 20 orang pun semput2. Tapi setelah mesyuarat diadakan semunya optimis boleh mendapatkan lebih kurang 60 orang.

3. Music Director mencadangkan 10 orang untuk line-up vocal sahaja siap dengan 'harmonise'nya. Tinggal 50. 30 on guitars lagi 20 percussion dan instrument2 lain.

Monday, November 15, 2010

List of Members

Berikut adalah senarai terkini ahli:

1. Zainuddin Mohamad - Zai @ Dean (Project Director /Admin)
2. Shamsul Bahrin Ismail - Kacul @Samz (Music Director)
3. Mohd Yusof Easa - Ucop @ Yus
4. Kamarulazuan Harun - Wanz
5. Hasni Ajlah - Yuzz
6. Kamarul Ariffin Khizir - Cikgu
7. M. Shahril Anuar Abd Rahman - Bon
8. Mohd Nahar Hj. Md Top - Iskandar
9. Irman Bahran - Iman @ Man Gazol
10. Muhammad Faizul Mohd Arif - Pejol
11. Cikgu Zul
12. Mohd Hafifi Ahmad - Fifi
13. Mohd Azhafi Hj. Abd Aziz - Zoff
14. Mohammad Nazim Mohd Rasip - Ajim
15. Azrul Aziz - Arul
16. Mahmud Misri - Aji Mamoth Gitar Garing
17. Muhammad Farhan Mohd Arif - Pa'an


Kepada member-member yang datang dan belum mengisi borang, sila berhubung dengan Admin.

4th meeting - its hot and cold thing!

1. Hujan tak putus-putus turun dengan dentuman guruh dan kilat sambar menyambar pada sebelah petang. Busking session dijadualkan pada sebelah malam. Ramai yang resah samada jadi atau tidak. Telefon bimbit MD (Music Director) Sdr. Kacul berdering berselang dengan notifikasi sms daripada member mohon confirmation.

2. Akhirnya hujan berhenti tatkala senja melabuh tirai. Suasana sejuk mengigit-gigit. MD kata it's ON! Namun begitu tak berapa ramai yang hadir. Tak seperti 3rd meeting dulu seramai 17 orang. Kali ini lebih kurang 10 orang saja. Terdapat 4 muka baru dan selebihnya 'orang kuat' kita. Terima kasih kepada member baru. Terima kasih juga kepada 'orang kuat' MD, PD/Admin Sdr. Zai, Cikgu Zul, Irman, Arul, Aji Mamud, Iskandar, Jebon, Ucop.

3. Kali ini Admin jadi Tuan Pengarah untuk shoot video dibantu oleh Jebon. Selalunya shoot menggunakan handphone sahaja tetapi kali ini siap dengan Sony Handycam. Insya Allah akan diuploadkan dalam masa terdekat.

4. Walaupun udara semakin dingin, namun di suatu sudut buskers dan pengunjung Tanjung Emas sudah merasakan bahang kehangatan performance pada malam itu. Ditambah lagi pada malam itu adalah malam sulung diletakkan 'tabung' untuk sumbangan derma seikhlas tapi jauh. Sebanyak RM31 berjaya dikumpul dan wang disimpan oleh MD sebagai pemegang amanah. Nampaknya pengunjung di Tanjung Emas begitu sporting tanpa segan mengisi tabung yang diletakkan dihadapan buskers.

5. Terima kasih semua!.

Thursday, November 11, 2010

3rd meeting - Kumpulan Aji Mamud Gitar Garing

1. Alhamdulillah 3rd meeting berjaya diadakan dan sambutan menggalakkan. Kesemua yang hadir bertambah menjadi 17 orang. Busker termuda (16 tahun) dan busker wanita pertama telah menghadirkan diri...tahniah dan terima kasih!.

2. Semuanya bersemangat membuat persembahan dan jumlah kehadiran 'onlookers' bertambah. Seperti biasa mengambil video dan mengambil gambar telah menjadi rutin.

3. Secara tidak rasmi Bendahari telah dilantik dan diamanahkan untuk menjaga 'dana'. Tahniah Mat Yuzz!

4. Lawak malam ini ialah kehadiran Ketua Kumpulan Aji Mamud Gitar Garing - turut menyumbang tenaga dalam menjayakan misi ini. Kudos!!


I'm Yours




Black Magic Woman

Monday, November 8, 2010

Mencari sponsorship - bukan kerja mudah!

Maklum saja lah nk minta duit orang. Kena banyak bersabar. Seorang kawan memberi pendapat katanya hujung2 tahun ni agak sukar nak dapatkan sponsor sebab masing2 dah "tutup buku". Mungkin juga!.

Terkini: Senarai sponsor yang telah dihantar proposal:
1. Bentley Music - reject
2. CK Music - reject
3. F&N - reject
4. Munchy's - masih menunggu jawapan
5. Celcom - masih menunggu jawapan
6.Zulkifli Bamadhaj (Petani) - masih menunggu jawapan
7. Pos Malaysia Bhd - masih menunggu jawapan, kemungkinan ada harapan sebab yang jaga Corporate Affairs adalah rakan se kampus dulu

Jangan patah semangat...Insya Allah sama2 berdoa agar dipermudahkan dan project kita dapat direalisasikan.

2nd Meeting...it's snowballing!

2nd meeting semalam jam 8.30pm @ Tg. Emas. Nampaknya semua masih mempunyai semangat yang tinggi.

Kalau 1st meeting dulu hanya 8 orang yang hadir, 2nd meeting nampaknya bertambah seramai 4 orang lagi menjadikan semuanya 12 orang!. Lebih bersemangat apabila seorang daripada mereka membawa 'Djembe percussion'.

Antara lagu2 terbaik semalam (pastinya dengan kehadiran djembe!) ialah Black Magic Woman, Ikhlas Tapi Jauh, Hijau dan keroncong untuk ana.

Terima kasih kepada semua terutamanya saudara Is dan Wansz yang bergegas hadir walaupun baru sampai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

"Djembe Percussion"

Sesi memanaskan badan!




Fragment of "I'm Yours"

Sunday, November 7, 2010

World Buskers Festival 2012...here we come!


Selepas berjaya (Insya Allah!) dengan "Biggest Busking Performance In A Show" kami memfokuskan diri untuk ke Christchurch, New Zealand untuk World Buskers Festival 2012.
Untuk 2011, permohonan telahpun ditutup dan akan diadakan pada Januari 10 - 20, 2011 di tempat yang sama.

Harap2 dapat sponsor lagi kerana kosnya agak besar!.

T-Shirt

Bagi memenuhi kos2 yang terlibat, kami memohon jasa baik syarikat2 (orang perseorangan pun boleh jugak!) untuk menaja kami. Nama dan logo syarikat akan dimasukkan pada T-Shirt dan juga blog ini.

Sesiapa yang mempunyai akses untuk mendapatkan sponsor amatlah dialu2kan.

Malaysia Book of Records (MBR)

Inilah objektif kami. Mengumpul seramai 40 orang dan membuat persembahan 10 lagu medley pada 31 Disember 2010 di Dataran Tg. Emas Muar, Johor sekaligus mencipta rekod "Biggest Busking Performance In A Show" dalam Malaysia Book of Records.

Apabila idea ini diutarakan, ramai yang menyokong. Tetapi ramai juga yang sceptical. Apapun, kami akan teruskan seperti yang telah dirancang.

Project Director Sdr. Dean Mohamad telah menghubungi MBR dan beberapa buah syarikat untuk mendapatkan sponsor.

Music Director Sdr. Samz Ismail sibuk menyusun lagu2 yang sesuai dan latihan akan diberitahu dari masa ke semasa.

1st meeting

1st meeting di Dataran Tg. Emas jam 5.30pm telah berjaya mengumpulkan seramai 8 orang buskers. Walaupun bilangan agak kecil, tapi tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Sebelum taklimat ringkas oleh Project Director/Admin, kami telah mempersembahkan satu dua lagu, antaranya Berita Kepada Teman, Tanya Sama Itu Hud-hud dan Black Magic Woman. Pengunjung ternyata terpegun kerana inilah kali pertama buskers seramai 8 orang membuat persembahan. Ada yang mengambil gambar dan tak kurang juga menjadi pendengar setia.